Tuesday, 2 June 2015

Makan-makan : Seoul Garden, Dpulze Cyberjaya :)

Assalamuaalaikum,

Ni semua, Runningman punya pasal...!!!! Grrrrrr..

Aku bukanlah peminat makanan Korea, tapi disebabkan aku suka tengok Runningman.. Bila ada cabaran makan2 terus rasa kecur je bila tengok diorang makan. Terus rasa terpengaruh nak try. Terus rasa tak sabar. Terus cari tempat yang terdekat, nak pi Korea nun jauh bebenor..Haha. Kita pi yang dekat jela ye.

So, here we go........ Seoul Garden at Dpulze, Cyberjaya


Address : DPulze Shopping Centre (Klang Valley), Lot LG-07, Lower Ground Floor
Tel: 603- 8800 9171



Untuk korang yang belum cuba atau baru nak cuba, Seoul Garden ni mengetengahkan konsep steamboat dan barbeque. Sebelum duduk, kena bayar dulu di kaunter bayaran. Seorang dewasa dikenakan RM36/lunch. Yang kanak2 & warga emas harga lain2. Boleh pilih sup atau tomyam, ni pun harga lain.

Untuk yang first time masuk sini, korang rajin2 la berjalan sampai ke belakang ye. Sebab kat bahagian belakang restoran ada macam2, ada aiskrim, ABC, cendol, air minuman, sos2 barbeque, dan buah2an. Jangan malu2 nak terjah sampai belakang ye.







Kat bahagian depan ada pelbagai bahan untuk barbeque, ada sushi, ada nasi goreng, ada kimchi, ada ayam goreng bersos, mee goreng dll. Kat sini korang boleh makan apa sahaja. Nak lepak lama2 pun takpe. Tapi jangan tamak ambik bnyk2 pastu tak habis. Kalau korang membazir nanti kena charge pulak. Membazir amalan syaitooonnnnnn ye anak-anak..






Masa aku pi ni waktu lunch hour 2 jam hari Jumaat. Dapat santai2 pun tak sampai 2 jam.  Memang sendat laa perut  makan macam2. Aku 3x refill aiskrim sebab sedap bangat. Memang sedap. 

Kat sini disyorkan sebelum pegi sini biarkan perut kosong sekosongnya dan bukan rushing2 ye, kalau tak, tak berbaloi ler. 

Disebabkan kitorang tak dapat nak lepak santai makan lama2, makanan pulak ada yang terambil banyak. So, kitorang buat taktik licik iaitu asing2kan makanan yang tak abis tu, nyorok sana sikit, sini sikit. Sebab takmau kena denda. Hehe. Tapi takdela bnyk sangat pun yang tak habis, cuma isi2 ayam je, Takleh nak pi dah.. Yang lain2 licinnnnn..hehe~ 


Burrppppp... Alhamdulillah.. :)


Tq runningman sebab korang makan nampak sedap, terus kami yang terpengaruh ni pi makan makanan hangpa.. Secara tak langsung, kami semua terasa Korean.. :p



Daaaa~

No comments:

Post a Comment