Wednesday, 27 May 2015

Pengalaman : 1st service, 1st experience at Proton Service, Presint 14 Putrajaya

Assalamualaikum,

Hari ni mood nak share experience pi service kereta.

Aku pilih Pusat Servis Proton di Pusat Perindustrian, Presint 14 Putrajaya. Pepagi lagi aku dah keluar rumah sebab gamble je walk-in service. Kalau lambat pegi lambatlah turn korang sebab prosedur diorang akan utamakan pelanggan yang buat temujanji.

Sampai je kat pusat servis tu dalam pukul 9.30 pagi, diingatkan supaya bawak buku servis dan tau millage yang terkini. So, aku pun pegilah ke kaunter untuk register & turn aku pukul berapa. Akak Proton tu pun bagitau aku punya turn dalam pukul 11.30 pagi. Servis tu ambil masa 1jam 15 minit. Bila kira2, lebih kurang pukul 1 pm dah setel.

Memandangkan turn aku lambat lagi, aku mintak kuar kejap pi breakfast. Selesai breakfast terus pi balik pusat servis tu & sampai sana awal sikit dalam pukul 11.10 pagi. Aku pun duduk lah sementara menunggu nombor kereta dipanggil untuk bagi kunci.

Pukul 11.35 pagi ada laa akak ni panggil nombor kereta, dan aku pun bangun la pegi kaunter. Aku ingat dia nak mintak kunci, tapi dia suruh aku duduk dulu. Aku pun duduk laaaaaaaa.... sampai pukul 12.35 tengahari baru nombor kereta aku dipanggil, tu pun sebab akak sorang lagi tanya kat pembantu dia.. 

"Eh, ni buku servis siapa atas ni? 
Sepatutnya pukul 11.30 turn dia. Dia tak datang lagi ke?" 

Budak pembantu boleh cakap, 
"Yang ni belum bagi kunci lagi.."

Akak tu sound pembantu dia, 
"Yang ko tak panggil nombor kereta dia pasal apa?"

Aku pun cakap la, "saya dah sampai sini sebelum 11.30 kak, 
tadi dah panggil saya tapi takda pulak mintak kunci". 

*sigh


Aku ingatkan dia tak mintak kunci sebab setelkan yang dah buat appointment, so mestilah turn aku tu berganjak lambat sikit. Rupa2nya, buku servis aku tercicir dari turutan turn just sebab kunci takda!! 

Adoihhh, menyirap aku tengok pembantu akak tu, kenapa la ko tak ingatkan akak tu panggil nombor kereta aku kot ye pun aku tak bagi kunci.. ni ko diammmmmm je, kalau akak tu tak perasan buku tu sampai esok la ko diam ye.

Korang bayangkan, pukul 2pm aku pi tanya dah siap ke kereta saya? Diorang cakap tengah check, lagi 20 minit siap. Takpelah, aku pun tunggu laa. 

Pukul 2.30pm aku tanya lagi, lama lagi ke kak? Diorang cakap tengah tukar minyak hitam plak. 

Aku dah panas & membebel cakap, saya tunggu lama dari pagi tadi saya datang, sampai nak dekat pukul 3pm belum siap lagi kereta saya. Saya belum lunch, belum solat... sedih betul aku time tu..haihhh~

Last2, pukul 3pm baru siap servis kereta aku. Muka aku memang dah berkerut jgn cakap laa. Hangin & sedih kenapa customer servis mcm ni...

Kat kounter :


Akak : Mintak maaf ye cik, sebab lambat. Tak sepatutnya jadi macam ni. 
Tadi pun cik tak bagi kunci.

Aku : Saya ni 1st servis & 1st time saya datang sini, 
saya mana tau prosedur sini macam mana. 
Mana saya tau kena bagi kunci dulu ke duduk dulu ke apa ke. 
Lama saya tunggu dari pagi. 
Saya dah sampai sini pukul 9.30 pagi, sampai sekarang pukul 3petang baru siap.

Akak : Tu laa, biasa sekejap je. 
Technician kami yang sorang tu sakit perut, dia balik. 
Technician yang lain ada tapi tak boleh nak buat, 
kena tunggu jugak yang sakit perut tu masuk semula.

Aku : ???????? 
*macam ni punya alasan pun ada ke?sakit perut?* 




Dah setel bayar, terus blah.. 
Perasaan aku tak tau nak gambar macam mana.. Tapi still syukur alhamdulillah, kereta dah servis. :)


Moral of the story untuk yang baru 1st time nak pi servis kereta :

  1. Kena rajin bertanya turn korang dah sampai ke belum. Jangan fikir positif nak sedapkan hati sendiri macam yang aku buat.
  2. Kalau boleh, janganlah walk-in, buat appointment lagi senang. Tak yah tunggu lama.
  3. Sentiasa follow up tanya dah siap ke belum kereta.
  4. Kalau tak nak boring tunggu lama2, better pergi 2 kereta. Lepas dah booking, korang boleh keluar pi jalan2 dulu. Dah siap, nanti diorang call suruh ambik kereta.
  5. Sabar & istigfar banyak2 kalau jadi macam aku. :')


Nota kaki: Pusat servis & staff2nya OK & peramah. Yang tak OK maybe dah nasib aku nak kena macam tu disebabkan kesilapan kecil pengurusannya. Mungkin jugak pembantu tu staff baru atau trainee. Dan kesilapan aku jugak sebab berat mulut nak bertanya, dan yang penting fikir yang baik2 je.


Next time kena booking baru senang,


Pusat Servis Proton Edar Putrajaya


ABP Autoservices Sdn Bhd adalah Pusat Servis sah Proton Edar Sdn Bhd 
No.28, Jalan P14J,
Kawasan Industri Putra 1,
Presint 14, 62050,
Putrajaya.



Daaaa~






14 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana memilih kami sebagai tempat anda untuk servis kereta.

    Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku. Harap perkara ini tidak akan berulang lagi buat saudari mahupun customer lain.

    :)

    ReplyDelete
  2. Bengkel buka jam berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami buka dari jam 9 am hingga 5.30pm tapi jam 5 untuk bulan Ramadhan ini.

      Sila hubungi 03-88888957 atau 011 23368789 untuk temu janji. terima kasih.

      Delete
    2. Hello..kalau buat appointment btul ke system akan hntr sms untuk appointment?

      Delete
  3. Kenapa saya telefon berkali2, tiada orang yang menjawab panggilan, saya berasa amat kecewa dengan syarikat servis ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarikat service mmg cmtu.. jgn kan proton.. nissan pun sama.. tp nissan banting la.. nissan len xtau.. skg sy service kt kedai luar.. hahaha...

      Delete
  4. ABP Auto ni mmg tak guna. Ingat nak tlg melayu, tapi susah lah mcm ni.
    Receptn sombong. Labour charge tinggi, hampir double dr service centre proton lain.. utk servis biasa je tu. Bila minta nak jumpa manager ke, boss ke... kata tak de. Sy kata tpon mereka, sy nak cakap..seyapp je mereka..mungkin boss dah mmg tak kasi staf bagi contact manager/boss. habis bawakan seorang pompuan, mengaku sbgai chief mechanic. Tak convincing punjawapan pada soalan termasuk teknikal.
    Ohhh lagi...guna kad dikenakan surcaj lagi. Tamak, pemeras betui lah tokey melayu ni.walhal servis centre proton lain tak caj pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM ENCIK UJANG NIKMAT, BOLEH KAMI TAHU NO KERETA ENCIK? LABOUR CHARGE SERVIS MINOR ADALAH RM60X1.1(HOUR)= RM66 DAN SST RM69.96 DAN BUAT PENGETAHUAN ENCIK DARI TAHUN 2017 TIADA LAGI SURCAJ DIKENAKAN HARAP MAKLUM.

      Delete
    2. barang ori katanya mmg la mahal,bagi aku layanan kemesraan tu ada mungkin tengok time la kalau ramai org x terlayan kot....tapi bab harga tu kena poket tebal baru leh masuk situ la...
      upah sejam nak cecah rm70, mahal tu belum kira harga barang lagi tu..

      Delete
  5. Ini 1st time Aku servis di ABP Autoservis presint 14.Kononnya nak bantu bangsa sendiri tapi apa yg Korg buat Kat aku mmg aku xkan Lupa Dan xkan halalkan setiap sesenpun duit yg Aku bayar kat korang kiranya korang tipu Aku Masa buat servis baru2 Ni.
    - 1st Masa Aku baru sampai...mmg xde org padahal time Cuti sekolah Dan kebnyakan servis centre dah penuh tp yg Ni sj x bnyk customer. Aku dah rasa mcm Ada yg x kena. Tapi bbaik sangka sebb niat nak tolong majukan Bangsa Melayu.
    - jumpa dgn receptionist utk servis, dia suggest aku dah boley buat semi major repair padahal utk semi major repair pun boley buat pada next servis ja.. waktu tu aku pun tgh demam panas dan x leh nak pikir sgt sebb pening2.Just proceed ja dgn apa yg dia suggest.Still niat nak Bantu bangsa sendiri lagi tu..
    - layanan receptionist tu Kira ok lg...tapi bila dekat dock/yard repair keta, Aku x dibenarkan tgk Dan dihalau keluar. Takpe aku faham kerana itu prosedur korg.
    -yg peliknya, Masa dorg nak servis buang mintak Hitam keta Aku.... Langsung satu brg sparepart yg baru dlm kotak pun xde Kat situ...padahal nak buat semi major servis kot. Mestilah banyak benda nak tukar. Takkanlah Pomen tu rajin sgt nak keluarkan satu2 barang s/part bila tiap Kali tukar s/part.
    - apa rahsia sgt ke nak buat keje depan customer? Dah la parking Kat belah dalam store padahal Kat depan tpt servis Ada ja kosong boley ja guna.Siap boley tgk depan cermin lagi.
    Masa tu pun hanya aku sorng je customer yg Ada. Yg lagi satu tgh tggu keta keluar.
    - lepas tu nk dipendekkan cerita Aku pun just lepak dlm bilik rehat Dan tido sebb x sihat sgt waktu tu.
    - bila dah settle semua Aku pun balik.
    - Aku Ada tnya kenapa xde cuci...dorg kata mmg xde servis cuci keta padahal servis centre yg lain2 boley ja cuci. Org dah bayar mahal2....takkan servis cuci keta pun x leh nak provide?
    - pastu lagi yg peliknya esok pagi, keta Aku dah mula susah nak start pagi.. hersn jugak padahal bateri x sampai setahun.
    Aku cuma nak Tanya betulke Korg Ada servis sebenarnya?!!.
    Servis Ada buat atau tidak sepenuhnya?!!

    Cuma apa yg aku nak sekarang ialah pihak mngment tunjukkan CCTV yg staff Korg betul2 dah buat keje sebbnya aku rasa ada yg x kena bila brg s/part yg baru dorg x tunjukkan depan customer k. Kenapa bnyk benda servis centre yg lain boley buat, tp korang malas nak buat.benda simple tapi bawa impact Kat customer. Pomen memang x friendly mcm keje dlm terpaksa. Kalo dah boring keja, baik bg peluang Kat org lain utk kerja lagi bagus drp nak rosakkan mama company.

    Insya Allah benda Ni xkan habis di sini saja selagi xde bukti yg Korg betul2 dah buat keje Serta refund balik duit Aku.







    kot. utk buat Semi Major repair?
    - Kenapa bateri keta boley lemah padahal baru buat semi major repair?

    ReplyDelete
  6. Service dieorg mmg teruk , aku nk tukar gear knob jek pun sebulan lebih tunggu, dieorg cakap barang order tak smpai lagi kepala bana dia ,

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kepada yang memberi ingatan atas pengalaman dengan service center tersebut.
    Tak yakin nak pergi service kat situ.

    ReplyDelete
  8. hmmm, banyak bad experiance lah.. ingat baru nak kesana. tak jadi lah.

    ReplyDelete
  9. Saya tow kereta ke ABP Auto Services pada 14 APril 2022 kerana enjin tak boleh start. Masa tu kedai dah tutup jadi hanya dapat jumpa pengurus pada keesokan harinya.

    Seorang petugas wanita bertanya sama ada saya ada jump start kereta dan bila saya jawab YA, dia terus kata kemungkinan ECU short circuit. Saya diminta meninggalkan kereta dan akan dihubungi selepas rehat tengah hari. Tapi malangnya saya tidak dihubungi sehinngalah saya menelfon semula dan menyatakan on the way ke workshop sebelum ditutup pada hari itu.

    Sampai di workshop pengurusa wanita tersebut memberitahu bahawa ECU dan Immobilizer kereta dan rosak sebab di Jump Start dan kos membaiki adalah kira2 dalam RM1,300.00. Anggaran masa untuk dibaiki adalah antara 2 hingga 3 bulan dan terpaksa dihantar ke HQ Proton di Shah Alam.

    Kerana was2 dengan penjelasan tersebut, saya mengambil keputusan untuk menunda kereta saya ke Service Centre di Seremban utk 2nd opinion. Didapati punca kereta tak boleh start adalah bateri yang lemah. Dalam masa kira2 1 jam setengah kereta dah boleh diambil semula.

    Disini syak wasangka saya mengenai kompetensi ABP Auto Services terjawab. Pengurusa wanita disana memang pandai bercakap dan layanan agak professional. Tetapi dari segi kompetensi memang out.

    Saya kerugian RM545 kerawa towing kereta kesana. Padahal bateri yang sama telah ditukar di workshop sama 7 bulan sebelum itu.Malas nak gi balik sana untuk claim warranty kerana mereka pandai berdolak dalik.

    Oleh itu berhati-hatilah kalau nak gunakan perkhidmatan disitu.

    Niat saya beri maklumbalas ini bukan nak tutup rezeki orang, tapi nak elak orang lain dari menjadi mangsa seperti saya.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete