Tuesday, 26 May 2015

Riadah : Part 1 - Alkisah, salah masuk majlis ke?

Al kisah, tersalah masuk majlis.

Suatu pagi weekend, aku ajak en.husband pegi Karnival Seorang Doktor Keluarga untuk Setiap Keluarga di Putrajaya sempena Hari Belia 2015 baru2 ni. Karnival tu dekat Laman Indrasari, Marina Putrajaya Presint 5 Putrajaya.

Aku di war-war kan ada aktiviti zumba, demo masakan, aktiviti mewarna kanak2 dll. Dengar ada "zumba", terus semangat nak join. Dalam kepala otak aku terbayang mestilah kalau nak buat tarian zumba ni kat padang yang luas & happening sebab nama pun "KARNIVAL" dan "Free Registration" so mestilah ramai orang yang datang....

Pagi2 lagi lepas subuh aku dah prepare breakfast, air kopi letak dalam termos, makanan utk Seif, tikar, surat khabar dll alatan untuk picnic. Siap pakai pakaian sukan lagi. Sebab aku plan sambil aku berzumba boleh la si kecik Seif ni lepak2 tengok kawasan yang luas, first time nak beriadah kate kauuuu..

Dipendekkan cerita sampailah kami ke tempat yg dituju ........ tapi............ pehal kecik benar tempat ni & tak happening pun?? Sunyi sepi.. krikk krikkk krikkkkk

Takpe lah, alang2 dah sampai aku & suami selamba laa pi masuk tengok apa yang ada kat dalam tu haa. Siap bawak beg makanan lagi. haha. Masuk2 je, aku tengok kiri aku ada kerusi susun2 untuk ceramah. Sebelah kanan plak ada booth2 kesihatan, booth2 sarapan pagi & ada clown yg entertain budak2. Budak2 lak ada yang tengah warna2. Ada la 2-3 org yg mewarna.

Aku plak dah tak sedap hati, sebab dok fikir dah salah masuk majlis orang. So, aku pun saje laa pi kat booth tu & ada sorang akak tu sapa aku. 


"Puan ni doktor ke?". 
Dengan coolnya aku pun cakaplah bukan. 
Pastu aku tanya lg, "Karnival ni untuk doktor2 je ke?" 
Akak tu pun jawab "Ha'ah, kebanyakkan nya doktor sebab nama pun Hari Keluarga."

(-__-")


So, memang sah laa dah tersalah masuk majlis.. Tapi kannn, kalau la khas untuk hari keluarga doktor2 je kenapa pi sebarkan brochure tu. Bikin orang luar macam aku ni confuse..haha.
Tapi mungkin memang untuk orang luar sekali kot?? (nak sedapkan hati :') )




Tapi takpelah, entertain la sekejap si kecik Seif ni tengok clown dekat2 & mintak clown tu buatkan belon.. hehe~



Dah dapat belon, terus ajak en.husband blah sebab perasaan sendiri yang malu..... wuuuwuuuu~ 

En.husband gelak aje tengok semangat si isteri nak berzumba.. "Berzumbaa la sangatttttt...kahkahkah.." k, fine.




Daaaaa~

1 comment:

  1. Emperor Casino : Play online slots for fun! - Shootercasino
    Our official casino list for online gambling is 100's 1xbet of the best casinos. Play online slots and get 100's of bonus codes. Play for 온카지노 real 제왕카지노 money at

    ReplyDelete