"Ko kene ganti puasa berapa hari?"
Aku : "30 hari ++ "
"Mak oihhhhhh.."
*nanges T_T
Wuu wuuu.. *tersedu sedan
Ye, betul..aku kene ganti puasa 30 hari.. sebabnye last year sebulan aku tak puasa sbb bersalin beberapa hari sebelum puasa..sobss..
So now, aku sedang menggagahkan diri ganti puasa.. Alhamdullilah, dah ganti 19 hari, ade lagi 11 hari wooooooo... memang mencabar sebab aku fully breastfeed anak aku..Tsssk.
So, sepanjang 19 hari berganti puasa ni memang hari2 dalam kepala aku dok fikir nak makan apa berbuka nanti. Yang jadi mangsa ajakan opcoz la laki aku. Haha. Siap dia boleh kata, nafsu berbuka macam nafsu aku ngidam dulu2.. hoihh.. Bini hang jugak.. haha.
Tapi yang best, laki aku ni xpenah kata "tak".. jom aje.. so, aku pun cakap ler aku nak makan kat TGI Fridays sebab aku penah dengar ade "Meals for 2" and harga pun berbaloi.. wow! So, apa lagi, laki aku siap google TGI Fridays punye menu. Dia lagi semangat dari aku rupenye. bahaha.
So, kami pun decide pegi yang paling dekat iaitu di Alamanda, Putrajaya. Terkocoh-kocoh aku siapkan beg Seif - nestum, air panas, biskut, pampers, bedak, air kosong, mainan dll. Yelaa, takkan kang kami makan, anak nganga tengok je kan? Tak sampai hati sebab ibu mithali.
Dalam pukul 6.45 petang, baru kitorang kuar rumah dari Kajang ke Alamanda Putrajaya. Dalam 15 minit boleh sampai ikut keadaan trafik la ye. Sampai je Alamanda terus park kete and jalan ikut shortcut terus masuk ikut pintu dekat dengan bowling & panggung wayang. TGI Fridays ni kat bahagian luar ye.
Masuk TGI terus order Meal for 2, tapi laki aku nak try menu lain la pulak. Maybe rambang mata and terliur tengok menu2 sume. Tapi aku still nak Meal for 2 sbb nafsu makan berbuka aku lain macam sikit. Korang bayangkan Meal for 2 tapi yang makan sorang? Haha
Ni dia :)
So, Meal for 2 ni nak order ada 3 steps. Yang pertama pilih pembuka selera. Yang kedua pilih 2 menu. Pastu kalau nak pencuci mulut boleh add on RM10 dapat Fridays Sundae. So kitorang pilih menu :
1) Loaded Mashed Potato Cakes
2) Chop House Chicken
3) Outrageous Sliced Beef Taco
4) Beef Steak (tak ingat nama) - menu asing utk laki aku.
1) Loaded Mashed Potato Cakes
Sedap sgt, sbb kentang lembut dan dicicah pulak dengan sos dia sendiri.
Seif pun boleh makan sbb tak pedas. Tapi kene picit2 sikit sebab Seif xde gigi. heee
2) Chop House Chicken
Sedapppppppp... isi ayam di grill, ada mashed potato, & sos istimewa. Sos dia rasa sweet2 gitu. So, bila combined ayam,kentang,sos.. Perghh, meletup2 dalam mulut sebab sedap.. :)
Isi ayam 2 slices, memang kenyang makan sorang.
3) Outrageous Sliced Beef Taco
Yang ni tak ambik gambar sebab kitorg bungkus sebab aku dah tak larat nak makan. So, tapau utk makan sahur plak. Haha.
Ni pun sedapppppppppp.. memang kenyang aku sahur ni.
4) Steak (tak ingat nama)
Ni menu asing tak masuk dalam set.
Suami teringin nak rasa.. memang licin la dia bedal. Sedap katanye...
Menari2 steak tu dlm mulut. Heee
Lepas tu,
Masing2 blurpppppppp...Alhamdulillah.. Tersandar kekenyangan. :)
Memang sedap & kenyang baq ang.. Datang laa ke TGI Fridays dan try sendiri. Sure tak nyesal.
"Nora kasi 5 bintangggggggg"
Ni alamat TGI Fridays Alamanda Putrajaya.
Lot P05, Plaza Level, The Hub, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Precinct 1 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Oh ya, lupa lak pasal eskrem sunday add-on RM10. Kami tak order sebab dah kenyang. Tapi insyaallah, next time pasti try. Daaaa~ |
No comments:
Post a Comment