Assalamualaikum,
Baru2 ni Family in Law (FIL) ada buat familyday/short vacation di Grand Lexis, Port Dikson. Saje nak kumpul adik beradik jalan2 masa cuti sekolah ni.
Semua sepakat nak stay 3hari 2malam. Kami pilih Grand Pool Villa (yang paling besar dan luas).
Kalau nak diikutkan harga sebenar untuk satu malam memang mahal dalam RM2k . Aku try tengok agoda pun offer dalam RM930/night. Tapi kami book awal masa SIL pergi matta fair. So, harga memang berbaloiiii lerrr. Rasanya 1 malam dalam RM6++ kot, total 3hari 2malam dalam RM1400.
Subhanallah, memang cantik tempatnya.. Bilik atas air weh.. *teruja
Bilik kami :)
|
View dari luar bilik. Cantik kan.. :) |
Kalau nak diikutkan peraturan hotel, bilik tak boleh lebih dari 4 orang dewasa, masa registration kena declare tau. Tapiiiiiii....kami lebih, 8 dewasa, 4 kanak-kanak, & sorang infant. Syhhhhhh...rahsia tau. ;)
Eh, lupe plak nak cerita, dah selesai check-in, tunggu kat lobby hotel untuk naik kenderaan khas nak ke bilik, sebab bilik jauh sikit ye. Ala, kenderaan khas tu 'buggie' ler, naik tu rasa macam dato'-dato' main golf. haha.
Kami plan tak nak kantoi, pecah 2 group. 1 group naik dulu, 2nd group naik kemudian. Aku & husband laa yg 2nd group tu, bila sampai depan bilik tengok2 yg 1st group baru sampai dannnnnn brader yang bawa kitorang tu terkejut tengok ramai sangat. Alamakkkkkk... kantoi ler pulak. Kalau kantoi RM70 sorang kena tambah ye. Tapi, pandai2 ler nak hidup. Kasi tips sikit kat brader tu.
Aku tengok memang ramai yang buat macam kami, kat lobby siap nampak uncle ni bawak periuk nasi bagai. Sebab bilik tu memang besar, lengkap dengan mini kitchen, ada microwave bagai. Aku kasi gambar bnyak2, korang tengok ler... :)
Ni view dari depan pintu masuk.
Ada 2 katil king, sofa, tv, peti ais, mini kitchen (kat hujung tuuu).
Haha, gambar menunjukkan betapa ramainya kami.
|
Budak tecik ni pelik apa kat bawah tu.. Siap tak berani nak merangkak atas glass tu, pandai buat u-turn.hehe.
Masa ni air laut surut. Tak lama pastu air pasang balik. :)
|
Ni la private pool kitorang. Best gila. Tapi bau klorin kuat sikit.
Untuk baby tak sesuai berendam lama2.
Pool ni kedalaman dia 4ft ye.
Kena monitor budak2 yang tak cukup tinggi k.
Sebelah pool ada kerusi meja ni untuk lepak2 sambil monitor budak2 berendam..
Sebelah kerusi meja & pool ada tempat mandi untuk bilas badan.
Ni gambar bilik persalinan.
Yang bestnya, toilet, shower diasingkan. So, pada siapa yang nak berak pi la toilet, siapa nak mandi pi la shower. Siapa nak tukar baju, boleh tukar kat sini.
Korang bayangkan kalau toilet sume open je, jenuh laa nak tunggu turn masuk toilet. Heee.
Stay 3hari 2 malam sini memang best laa. Kitorang pakat ramai2 bawak makanan sikit sorang. SIL aku ada bawak rendang ayam, nasi impit, udang berempah, puding roti, & nasi kosong. Husband & aku plak bawak benda2 kering, telur rebus, timun, sardin, keropok2, air kotak, sachet 3in1, roti, maggie cup, pinggan kertas, sudu garfu, cawan plastic dll.
Malam pertama memang stay bilik je, makan apa yang dibawak tadi je. Pas berendam memang lapar. Terus cari nasi impit & rendam ayam. Buat pulak air kopi panas. ;p
Esok pagi, buat breakfast sandwich telur & sandwish sardin. Lapik perut sebelum keluar cari makan tengahari pulak.
|
Ni pulak pool view malam. Sebab malam pun kami berendam lagi. Hehe. |
Suasana romantik, honeymoon pun syok ni. :)
Tengahari, kami keluar cari kedai makan. Pusing2 PD, tapi takleh nak keluar dari kereta sebab hujan sekejap. Dah setel makan balik bilik semula.
Kat Grand Lexis ni ada macam2 aktiviti, salah satunya memanah. Pantang nampak archery, of course husband aku try. Hee.
|
Nak main kena bayar kat receptionist ye, harga ikut jumlah panah. |
Aku nak try, tapi tak sempat sebab dah senja.
sobss~
Malam keluar cari dinner plak, makan kedai masakan tomyam. Kenyang alhamdulillah. Kat PD ni memang banyak kedai makan. Pilih je yang mana ikut selera korang.
Esok kena checkout awal sebelum pukul 12.00pm, sebab kalau check-out lewat extra charge akan dikenakan sebanyak RM38/hour.
Pada siapa2 nak try stay sini, pendapat peribadi aku memang sesuai bawak family yang just nak lepak dalam bilik. Sembang2 gelak2 merapatkan silaturrahim. Tapi kalau kantoi sendiri tanggung ye.. ;p
Syukur, Alhamdulillah selamat pergi dan balik.. :)
Daaaaaa~