Friday, 29 May 2015

Viral : Anak Syurga :')


Assalamualaikum w.b.t,

Allah, sebak bila kita baca kisah Ruqayyah yang bertudung labuh, tersenyum sambil memangku salah seorang bayi kembarnya, Maryam Farihah Binti Abdullah Mubarak yang kini sudah menemui Pencipta. Kembar yang seorang lagi masih berjuang, doakan moga sihat dan menjadi permata hati mama & abi nya..

Apa yang aku dapat sebagai ikhtibar, Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya. Kita sebagai hamba perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah. 

Pernah terdetik di hati aku, tak dapat dibayangkan kalau terjadi pada diri sendiri. Anak yang dikandung hanya dipinjam seketika. Adakah aku setabah dan sekuat wanita ini? Allah...... :( *hanya mampu tertunduk menggeleng kepala.....

Pernah seorang kawan tag di Facebook, mengatakan wajahku ada iras2 wanita hebat ini.. Ya, mungkin sama tapi tak serupa. Apa yang boleh ku katakan, wajah seseorang Allah boleh jadikan serupa, tapi keperibadian, taqwa dan iman kita sendiri yang tentukan.. 




Masyaallah, hebat wanita ini bila kita baca kisahnya dan kandungannya.. Kuat, tabah, sabar.. itulah perkataan untuk beliau. Moga aku/kita wanita2 dan ibu2 mampu sekuat dan setabah beliau bila ujian menimpa.. Husnuzon kepada Allah s.w.t.



Aku belajar..
bahawa tidak semua
yang aku harapkan akan
menjadi kenyataan
kadang Allah
membelokkan rencanaku
tapi aku tahu
itu lebih baik
daripada rencanaku
sebab itu aku
belajar menerima
dengan sukacita...



Aminnnn...



Daaaaa~




Wednesday, 27 May 2015

Pengalaman : 1st service, 1st experience at Proton Service, Presint 14 Putrajaya

Assalamualaikum,

Hari ni mood nak share experience pi service kereta.

Aku pilih Pusat Servis Proton di Pusat Perindustrian, Presint 14 Putrajaya. Pepagi lagi aku dah keluar rumah sebab gamble je walk-in service. Kalau lambat pegi lambatlah turn korang sebab prosedur diorang akan utamakan pelanggan yang buat temujanji.

Sampai je kat pusat servis tu dalam pukul 9.30 pagi, diingatkan supaya bawak buku servis dan tau millage yang terkini. So, aku pun pegilah ke kaunter untuk register & turn aku pukul berapa. Akak Proton tu pun bagitau aku punya turn dalam pukul 11.30 pagi. Servis tu ambil masa 1jam 15 minit. Bila kira2, lebih kurang pukul 1 pm dah setel.

Memandangkan turn aku lambat lagi, aku mintak kuar kejap pi breakfast. Selesai breakfast terus pi balik pusat servis tu & sampai sana awal sikit dalam pukul 11.10 pagi. Aku pun duduk lah sementara menunggu nombor kereta dipanggil untuk bagi kunci.

Pukul 11.35 pagi ada laa akak ni panggil nombor kereta, dan aku pun bangun la pegi kaunter. Aku ingat dia nak mintak kunci, tapi dia suruh aku duduk dulu. Aku pun duduk laaaaaaaa.... sampai pukul 12.35 tengahari baru nombor kereta aku dipanggil, tu pun sebab akak sorang lagi tanya kat pembantu dia.. 

"Eh, ni buku servis siapa atas ni? 
Sepatutnya pukul 11.30 turn dia. Dia tak datang lagi ke?" 

Budak pembantu boleh cakap, 
"Yang ni belum bagi kunci lagi.."

Akak tu sound pembantu dia, 
"Yang ko tak panggil nombor kereta dia pasal apa?"

Aku pun cakap la, "saya dah sampai sini sebelum 11.30 kak, 
tadi dah panggil saya tapi takda pulak mintak kunci". 

*sigh


Aku ingatkan dia tak mintak kunci sebab setelkan yang dah buat appointment, so mestilah turn aku tu berganjak lambat sikit. Rupa2nya, buku servis aku tercicir dari turutan turn just sebab kunci takda!! 

Adoihhh, menyirap aku tengok pembantu akak tu, kenapa la ko tak ingatkan akak tu panggil nombor kereta aku kot ye pun aku tak bagi kunci.. ni ko diammmmmm je, kalau akak tu tak perasan buku tu sampai esok la ko diam ye.

Korang bayangkan, pukul 2pm aku pi tanya dah siap ke kereta saya? Diorang cakap tengah check, lagi 20 minit siap. Takpelah, aku pun tunggu laa. 

Pukul 2.30pm aku tanya lagi, lama lagi ke kak? Diorang cakap tengah tukar minyak hitam plak. 

Aku dah panas & membebel cakap, saya tunggu lama dari pagi tadi saya datang, sampai nak dekat pukul 3pm belum siap lagi kereta saya. Saya belum lunch, belum solat... sedih betul aku time tu..haihhh~

Last2, pukul 3pm baru siap servis kereta aku. Muka aku memang dah berkerut jgn cakap laa. Hangin & sedih kenapa customer servis mcm ni...

Kat kounter :


Akak : Mintak maaf ye cik, sebab lambat. Tak sepatutnya jadi macam ni. 
Tadi pun cik tak bagi kunci.

Aku : Saya ni 1st servis & 1st time saya datang sini, 
saya mana tau prosedur sini macam mana. 
Mana saya tau kena bagi kunci dulu ke duduk dulu ke apa ke. 
Lama saya tunggu dari pagi. 
Saya dah sampai sini pukul 9.30 pagi, sampai sekarang pukul 3petang baru siap.

Akak : Tu laa, biasa sekejap je. 
Technician kami yang sorang tu sakit perut, dia balik. 
Technician yang lain ada tapi tak boleh nak buat, 
kena tunggu jugak yang sakit perut tu masuk semula.

Aku : ???????? 
*macam ni punya alasan pun ada ke?sakit perut?* 




Dah setel bayar, terus blah.. 
Perasaan aku tak tau nak gambar macam mana.. Tapi still syukur alhamdulillah, kereta dah servis. :)


Moral of the story untuk yang baru 1st time nak pi servis kereta :

  1. Kena rajin bertanya turn korang dah sampai ke belum. Jangan fikir positif nak sedapkan hati sendiri macam yang aku buat.
  2. Kalau boleh, janganlah walk-in, buat appointment lagi senang. Tak yah tunggu lama.
  3. Sentiasa follow up tanya dah siap ke belum kereta.
  4. Kalau tak nak boring tunggu lama2, better pergi 2 kereta. Lepas dah booking, korang boleh keluar pi jalan2 dulu. Dah siap, nanti diorang call suruh ambik kereta.
  5. Sabar & istigfar banyak2 kalau jadi macam aku. :')


Nota kaki: Pusat servis & staff2nya OK & peramah. Yang tak OK maybe dah nasib aku nak kena macam tu disebabkan kesilapan kecil pengurusannya. Mungkin jugak pembantu tu staff baru atau trainee. Dan kesilapan aku jugak sebab berat mulut nak bertanya, dan yang penting fikir yang baik2 je.


Next time kena booking baru senang,


Pusat Servis Proton Edar Putrajaya


ABP Autoservices Sdn Bhd adalah Pusat Servis sah Proton Edar Sdn Bhd 
No.28, Jalan P14J,
Kawasan Industri Putra 1,
Presint 14, 62050,
Putrajaya.



Daaaa~






Tuesday, 26 May 2015

Riadah : Part 2 - Plan kedua, Beriadah di Bawah Pokok di Tepi Padang, Putrajaya

Haha.. Nak tau kenapa aku gelak pi baca Riadah : Part 1 dulu.

Disebabkan En.Husband tengok muka si isteri dah muncung, beliau pun cepat2 laa cari Plan B.


"Jom pi picnic tepi padang tu jom? 
Macam happening je siap ada bot2 bunga warna-warni.."


Memang cantik pun tempatnya. Cuaca pun redup je. View cantik, tepi tasik, hijau kiri kanan. Nyaman & sejuk mata. :)

Kalau korang nak tau, tempat ni berdekatan dengan ----> Restoran Ikan Bakar Sri Empangan Putrajaya, Presint 5. Dan juga berdekatan dengan PICC. Memang nak pegi ke padang ni kena lalu & parking kat restoran tu..




Bot2 tu bot berhias untuk Pesta Floria tak lama lagi :)



Macam kat oversea je..hihi



Haaa, kan hijauuuuu je.. Subhanallah

   
Kat sini memang ramai yang buat aktiviti riadah. 
Ada yang sambut birthday, main skateboard, main rollerblade, main basikal.. Termasuk laa beberapa family yang berpicnic macam aku.. 
Rilex & tenang aje. 



Seif Nuh pun happy sebab dapat tateh kat padang luas. 
Sampai tak nak duduk. Baru tau kaki dia boleh melangkah kot? bhahaha~


Alhamdulillah, syukur.. gembira bahagia tengok insan2 tersayang happy tersenyum... Quality time with family :) LOVE~




Daaaa

Riadah : Part 1 - Alkisah, salah masuk majlis ke?

Al kisah, tersalah masuk majlis.

Suatu pagi weekend, aku ajak en.husband pegi Karnival Seorang Doktor Keluarga untuk Setiap Keluarga di Putrajaya sempena Hari Belia 2015 baru2 ni. Karnival tu dekat Laman Indrasari, Marina Putrajaya Presint 5 Putrajaya.

Aku di war-war kan ada aktiviti zumba, demo masakan, aktiviti mewarna kanak2 dll. Dengar ada "zumba", terus semangat nak join. Dalam kepala otak aku terbayang mestilah kalau nak buat tarian zumba ni kat padang yang luas & happening sebab nama pun "KARNIVAL" dan "Free Registration" so mestilah ramai orang yang datang....

Pagi2 lagi lepas subuh aku dah prepare breakfast, air kopi letak dalam termos, makanan utk Seif, tikar, surat khabar dll alatan untuk picnic. Siap pakai pakaian sukan lagi. Sebab aku plan sambil aku berzumba boleh la si kecik Seif ni lepak2 tengok kawasan yang luas, first time nak beriadah kate kauuuu..

Dipendekkan cerita sampailah kami ke tempat yg dituju ........ tapi............ pehal kecik benar tempat ni & tak happening pun?? Sunyi sepi.. krikk krikkk krikkkkk

Takpe lah, alang2 dah sampai aku & suami selamba laa pi masuk tengok apa yang ada kat dalam tu haa. Siap bawak beg makanan lagi. haha. Masuk2 je, aku tengok kiri aku ada kerusi susun2 untuk ceramah. Sebelah kanan plak ada booth2 kesihatan, booth2 sarapan pagi & ada clown yg entertain budak2. Budak2 lak ada yang tengah warna2. Ada la 2-3 org yg mewarna.

Aku plak dah tak sedap hati, sebab dok fikir dah salah masuk majlis orang. So, aku pun saje laa pi kat booth tu & ada sorang akak tu sapa aku. 


"Puan ni doktor ke?". 
Dengan coolnya aku pun cakaplah bukan. 
Pastu aku tanya lg, "Karnival ni untuk doktor2 je ke?" 
Akak tu pun jawab "Ha'ah, kebanyakkan nya doktor sebab nama pun Hari Keluarga."

(-__-")


So, memang sah laa dah tersalah masuk majlis.. Tapi kannn, kalau la khas untuk hari keluarga doktor2 je kenapa pi sebarkan brochure tu. Bikin orang luar macam aku ni confuse..haha.
Tapi mungkin memang untuk orang luar sekali kot?? (nak sedapkan hati :') )




Tapi takpelah, entertain la sekejap si kecik Seif ni tengok clown dekat2 & mintak clown tu buatkan belon.. hehe~



Dah dapat belon, terus ajak en.husband blah sebab perasaan sendiri yang malu..... wuuuwuuuu~ 

En.husband gelak aje tengok semangat si isteri nak berzumba.. "Berzumbaa la sangatttttt...kahkahkah.." k, fine.




Daaaaa~

Friday, 22 May 2015

Makan-makan : Boat Noodle at DPULZE Cyberjaya

*5.30am - alarm ringing~
arghhhhh, tak sempat sahur.. :(


Assalamualaikum..

Niat nak gigihkan diri puasa lagi, tapi tak mampu sebab tak bersahur. Ibu2 yang breastfeeding kena bersahur berat sikit, kalau tak badan gigil & lemah. So, disebabkan tak bersahur & takda energy, aku pun pegi cari makan kat pantry, milo & roti pun jadiiiii...

Pastukannnnn, disebabkan tak puasa mulalah kepala hotak aku ni fikir nak makan apa untuk tengahari kang, haruslah pilih tempat makan yang best sikit.. Siap google beb! Haha

Google punya google , akhirnya teringin nak makan Boat Noodle sebab ramai sangat yang cakap best. Tapi yang aku tau Boat Noodle ni takda kat Putrajaya, sobsss.. Hmm, still tak puas hati gak, yelaa kata Boat Noodles ni femes, tak kan takda yang dekat2 ngan Putrajaya kot?? Grrrrr..

Berkat kerajinan aku menggoogle, akhirnyaaaaaaa.... Boat Noodle ada di DPULZE Shopping Complex, Cyberjaya, which is just 10 minutes from Putrajaya..weeehuuuu~ :')   Apa lagi, terus whatsapp officemate, Kak Yati yang gojes ajak pi makan. Ni first time kami berdua sampai kat DPULZE, sebab setahu kitorg Cyberjaya takda shopping complex. Rupa2nya baru bukak, banyak lagi kedai2 yang belum dibuka. Taip aje DPULZE kat GPS, sure sampai..

Untuk pengetahuan korang, bangunan DPULZE ni tak macam shopping complex biasa, lain sikit laa sebab mase aku sampai tu aku tengok macam apartment pun ada. Hehe. Takde la besar sangat & yang penting tak buang masa berjalan & tak lenguh kaki berjalan cari Boat Noodle. :)


Tu diaaa... panjang gila beratuq baq ang..
Alang2 dah sampai sanggup tunggu gak..



Mee dia mangkuk kecik2 just RM1.90/semangkuk. Ada beef & chicken .
Kalau sorang anggaran boleh kenyang dlm 4 mangkuk. Tapi ade gak yang berbelas2 mangkuk. Haha *bela jin



Selain mee, ada gak menu lain. Yang bestnya, setiap menu ada gambar. Aku kan suka pilih ikut gambar. Senang noks...

Gambar kurang memuaskan :(



Untuk yang baru2 nak try, yang ni utk panduan.. 

Ayutthaya : tak berapa pedas & manis2 sikit 
 Pathumthani : agak pedas & masam2 sikit. 
Dua2 pun sedap ! 



Portion kecik je, dalam 2 suap habis dah. 
RM1.90/semangkuk


Beaf meatball : Sedap & pedas
RM5.90


Chicken wings : Rangup 
RM4.90


Orang melayu panggil tepung pelita :  Kecik comey je RM1.00/2pcs.
Yang ni memang sedap sampai kitorg repeat order.


Yang putih masin2
Yang hijau manis2 lemak
SEDAP!


Haaa, tudiaa susun mangkuk bertingkek-tingkek..
Meja sebelah lagi tinggi mangkuknye..fuhhhhhh~


Nampak sikit, tapi kenyang. Alhamdulillah.. Rase nak repeat bawak en.husben lak. Tuu tengah majuk sebab pegi tak ajak dia.. haha~ Nanti kite pegi ye mucuk2.. :p

Oh, sebelum aku lupa. Korang mesti tertanya2. "Halal ke?" Of coz halal sebab terpampang sijil Halal kat kaunter depan. Kalau Non Halal, aku pun tak nak masuk. Hihi.

Setahu aku, ada 2 jenis iaitu THAI BOAT NOODLE and BOAT NOODLE. Yang tulis THAI BOAT NOODLE is NON-HALAL. Yang BOAT NOODLE sahaja is HALAL. Pape pun sebelum masuk check & tanya dulu Sijil Halal untuk menyedapkan hati korang.. Hati dah sedap baru boleh makan dengan girangnya.. peace~


HALAL Certificate



So, total RM36.85 untuk 2 orang makan, affordable kan? Jom serbu Boat Noodle di D'Pulze Cyberjaya......!!


Dpulze Shopping Central,
Lot UG-19, Dpulze,
Lingkaran Cyber Point Timur,
Cyber 12, 63000,
Cyberjaya, Selangor.


daaa~













Friday, 15 May 2015

Makan-makan : OKONOMI sushi, Publika :)

Assalamualaikum,

Pada hujung minggu yang hening, ada pasangan suami isteri yang kebingungan mencari tempat santapan tengahari walaupun sebenarnya tek berapa tengahari. Si isteri rajin menggoogle tempat-tempat makan yang belum pernah dilewati. Sedang beliau menggoogle, lalu terjumpa satu blog yang agak pemes yang pernah meng'review' tempat makanan ini iaitu blog ------->

yuyu zulaikha -  http://kupukupukecik.blogspot.com/2015/01/reward-1-okonomi-sushi.html

Walaupun aku bukanlah peminat tegar sushi, tapi disebabkan review blogger tersebut amatlah meruntun tekakku ingin mencuba.*eh, pehal ayat skema ni?

Haha, siyes weyh memang terliur aku tengok food review ni. So, apa lagi, aku pun pi laa bgtau kat laki aku, jom pi sini. Tapiiiiiiii.... jauh la pulak dari rumah kami dari kajang, nun di Publika Jalan Duta. tsskkk~

Tapi tapi tapi, laki aku cube tak menghampakan bini dia sebab tengok muncung dah panjang, kelopak mata dah bergenang, tangan peluk tubuh.. *tipu. Haha, aku tau laki aku mesti nak pegi jugak... Ok siapppppppp cepattttt... zassssssss!

Ehhh, dah sampai? Tak laa jauh sgt.. :)


Yeayyy, dah sampai OKONOMI @Publika


Kat sini korang boleh pilih menu sushi yang sedia ada, atau korang boleh jugak pilih sendiri bahan2nya mengikut tekak korang sendiri. 

Tapi, bagi kami yang baru2 nak mencuba, kami tak berapa pandai nak pilih bahan2 sendiri sebab tak tau rupa & rasa dia macam mana..so kami play safe, pilih menu ikut gambar yang ada. Hahaha~ 

Selain sushi, ada jugak menu2 lain dan juga ada berasaskan nasi. 'NASI' weyh 'NASI'.. Ofcoz la kami tekak melayu mesti nak nasi.. so, si suami pun order nasi + salmon grill.... sedap ya amattttt~ harus tryyyy...

oh yaa, kt OKONOMI ni, korang boleh tengok sendiri chef2 gulung sushi depan mata korang. Korang order baru dia buat, tak de istilah 'buat siap-siap'..hihi. Harga pun affordable, tak laa mahal nak mampos.. ok je..




nyum nyumm~
tu laa rupe sushi yg kami pilih.. takde gambar closeup :( 
kami pilih ikut dalam menu bergambar je..



muke kenyanggggg.. TQ OKONOMI~
u guys should try~


daaaaa~




 

Makan-makan : Restoran Mohd Chan Abdullah, Bangi :)

chan malichan..ewahhh
chan malichan ewah..
ketipung payung....~

Teringat kat Seif sebab umie dia selalu nyanyi lagu ni kat dia.. (^_^"). *abaikan


Hai, 

K k, bukan nak nyanyi, tapi nak habaq mai ritu kami makan kat Restoran Mohd Chan Abdullah kat Bangi. Seperti biasa laa, tengah mood ganti puasa kan.. Teringin chinese food la pulak. En. Hubby follow je tekak bini dia. hehe..

Nak story sikit, dari rumah kami di Kajang ke Restoran Chan di Bangi just dlm 10 minit je boleh sampai. Punyalah dekat kan? Rasa nak pi hari2.. :)

Ni alamat dia,

30, Jalan Medan Pusat 2c, Bandar Baru Bangi Seksyen 8, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia


Dengan cuaca petang redup2 ditambah pulak hujan renyai2, memang syiok makan makanan panas2 ni.. Mesti korang pun angguk setuju kan? On the way tu kami dah plan nak makan ape dah. Kami laki bini setuju tak mau order ikan sebab baruuuuuu je rasenye makan ikan siakap 3 rasa. So, nak pilih menu lain selain ikan.

Sampai2 je depan restoran, laaaa, Seif tgh syok tido rupenye.. angkat dari kete pun xsedar dah.. heee~



Lupe nak tangkap gambar menu ritu sebab syok sgt tengok menu dia penuh gambar2 makanan. Kami pulak memang suke order ikut gambar je, sebab 1st time makan tak tau rupe bentuk makanan tu sendiri.hikhik~ 

Walaupun tak ambik gmbr makanan, tapi aku still ingat menu yang kitorang makan ye..

1) Nasi putih - 2
2) Daging masak black pepper
3)Spicy kacang bendi udang kering
4) Butter prawn
5) Lala masak halia


Haaa, korang boleh jugak search http://www.mohdchan.com.my/v3/#seafood untuk tengok sendiri sebahagiaan menu yang ada. So, aku selitkan kat sini sekali gambar menu yang kitorang makan haritu.


Daging masak black peper :)
Sedap wehhh, daging dia lembuttt tak liat pun..


Spicy kacang bendi udang kering
Ni pun sedap, bendi still rangup2.. aku dah laa peminat bendi.. heee~


Butter prawn
Ni pulak feberet en.suami.. Sedapppp, rangup2 & terasa wangi je.. 
Next time, mesti order lagi..


Ni pulak, lala masak halia 
Syok sebab rasa lala fresh, rasa halia sedang2 je tak terlalu kuat. Just nice.
Aku siap hirup2 lagi kuah dia..heee~



Next time peringatan untuk diri sendiri, mesti ambik gambar sendiri & share pada korang sume.. Sorry ye... :') Niat nak share je..

Apa lagi, hujung minggu ni ajak laa encik2 abang sume pi Restoran Mohd Chan Abdullah. Harga pun affordable. Try jgn tak try..



daaa~








Wednesday, 13 May 2015

Berbuka Puasa Ganti di TGI Fridays :)

Assalamualaikum sume,

"Ko kene ganti puasa berapa hari?"
           Aku :  "30 hari ++ "
"Mak oihhhhhh.."
             *nanges T_T

Wuu wuuu.. *tersedu sedan

Ye, betul..aku kene ganti puasa 30 hari.. sebabnye last year sebulan aku tak puasa sbb bersalin beberapa hari sebelum puasa..sobss..

So now, aku sedang menggagahkan diri ganti puasa.. Alhamdullilah, dah ganti 19 hari, ade lagi 11 hari wooooooo... memang mencabar sebab aku fully breastfeed anak aku..Tsssk.

So, sepanjang 19 hari berganti puasa ni memang hari2 dalam kepala aku dok fikir nak makan apa berbuka nanti. Yang jadi mangsa ajakan opcoz la laki aku. Haha. Siap dia boleh kata, nafsu berbuka macam nafsu aku ngidam dulu2.. hoihh.. Bini hang jugak.. haha.

Tapi yang best, laki aku ni xpenah kata "tak".. jom aje.. so, aku pun cakap ler aku nak makan kat TGI Fridays sebab aku penah dengar ade "Meals for 2" and harga pun berbaloi.. wow! So, apa lagi, laki aku siap google TGI Fridays punye menu. Dia lagi semangat dari aku rupenye. bahaha.

So, kami pun decide pegi yang paling dekat iaitu di Alamanda, Putrajaya. Terkocoh-kocoh aku siapkan beg Seif - nestum, air panas, biskut, pampers, bedak, air kosong, mainan dll. Yelaa, takkan kang kami makan, anak nganga tengok je kan? Tak sampai hati sebab ibu mithali.

Dalam pukul 6.45 petang, baru kitorang kuar rumah dari Kajang ke Alamanda Putrajaya. Dalam 15 minit boleh sampai ikut keadaan trafik la ye. Sampai je Alamanda terus park kete and jalan ikut shortcut terus masuk ikut pintu dekat dengan bowling & panggung wayang. TGI Fridays ni kat bahagian luar ye.

Masuk TGI terus order Meal for 2, tapi laki aku nak try menu lain la pulak. Maybe rambang mata and terliur tengok menu2 sume. Tapi aku still nak Meal for 2 sbb nafsu makan berbuka aku lain macam sikit. Korang bayangkan Meal for 2 tapi yang makan sorang? Haha


Ni dia :)




So, Meal for 2 ni nak order ada 3 steps. Yang pertama pilih pembuka selera. Yang kedua pilih 2 menu. Pastu kalau nak pencuci mulut boleh add on RM10 dapat Fridays Sundae. So kitorang pilih menu :

1) Loaded Mashed Potato Cakes
2) Chop House Chicken
3) Outrageous Sliced Beef Taco
4) Beef Steak (tak ingat nama) - menu asing utk laki aku.


1) Loaded Mashed Potato Cakes
Sedap sgt, sbb kentang lembut dan dicicah pulak dengan sos dia sendiri.
Seif pun boleh makan sbb tak pedas. Tapi kene picit2 sikit sebab Seif xde gigi. heee



2) Chop House Chicken
Sedapppppppp... isi ayam di grill, ada mashed potato, & sos istimewa. Sos dia rasa sweet2 gitu. So, bila combined ayam,kentang,sos.. Perghh, meletup2 dalam mulut sebab sedap.. :)
Isi ayam 2 slices, memang kenyang makan sorang.


3) Outrageous Sliced Beef Taco
Yang ni tak ambik gambar sebab kitorg bungkus sebab aku dah tak larat nak makan. So, tapau utk makan sahur plak. Haha.
Ni pun sedapppppppppp.. memang kenyang aku sahur ni.


4) Steak (tak ingat nama)
Ni menu asing tak masuk dalam set. 
Suami teringin nak rasa.. memang licin la dia bedal. Sedap katanye...
Menari2 steak tu dlm mulut. Heee


Lepas tu,
Masing2 blurpppppppp...Alhamdulillah.. Tersandar kekenyangan. :)
Memang sedap & kenyang baq ang.. Datang laa ke TGI Fridays dan try sendiri. Sure tak nyesal. 

"Nora kasi 5 bintangggggggg"

Ni alamat TGI Fridays Alamanda Putrajaya.


Lot P05, Plaza Level, The Hub, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Precinct 1 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
+60 3-8888 6631

Oh ya, lupa lak pasal eskrem sunday add-on RM10. Kami tak order sebab dah kenyang. Tapi insyaallah, next time pasti try.





Daaaa~