Thursday, 11 June 2015

Makan-makan : Cendol Bakar, Port Dikson (Caw.Kuala Selangor)

Assalamualaikum,

Hi,

"Cendol Bakar?" "Cendol boleh guna api ke?" "Nanti cair laa ais cendol tu."

Yaaaa, ni la persoalan aku yang sama macam korang gak..haha. Rupa2nya, nama owner nya Bakar.. So, jadilaa CENDOL BAKAR. tssskkk :')

Kalau korang nak tau, Cendol Bakar ni famous tau kalau pergi PD. Tempat wajib singgah kata kauuuu...


Kaunter Cendol Bakar


Ada macam2 jenis cendol..


  1. Cendol VIP (Nata De Coco+Selasih+Jagung+Kacang) = RM2.50
  2. Cendol VVIP (Pulut+Nata De Coco+Selasih+Jagung+Kacang) = RM3.00
  3. Cendol Tapai (Tapai+Nata De Coco+Selasih+Jagung+Kacang) = RM3.50
  4. Cendol Tapai Pulut (Pulut+Tapai+Nata De Coco+Selasih+Jagung+Kacang) = RM4.00
  5. Cendol Durian (Durian+Nata De Coco+Selasih+Jagung+Kacang) = RM3.50
  6. Cendol Durian Pulut (Pulut+Durian+Nata De Coco+Selasih+Jagung +Kacang)= RM4.00
  7. Cendol O' (Back to basic/Kosong) = RM2.00


Cendol sini layan diri ye..

  1. Order
  2. Tunggu di kaunter
  3. Bayar
  4. Ambil


Ni la pilihan cendol kami. Nampak sama, tapi rasa nya lain2..


Ni pulak pilihan aku & husband, Cendol VVIP = RM3.00

Sedap weh, makan pulak time cuaca panas.. Rasa sejuk je tekak.. Nyummyehhh~


Daaaa~

Hotel Review : Grand Lexis, Port Dikson



Assalamualaikum,

Baru2 ni Family in Law (FIL) ada buat familyday/short vacation di Grand Lexis, Port Dikson. Saje nak kumpul adik beradik jalan2 masa cuti sekolah ni.


Semua sepakat nak stay 3hari 2malam. Kami pilih Grand Pool Villa (yang paling besar dan luas). 


Kalau nak diikutkan harga sebenar untuk satu malam memang mahal dalam RM2k . Aku try tengok agoda pun offer dalam RM930/night. Tapi kami book awal masa SIL pergi matta fair. So, harga memang berbaloiiii lerrr. Rasanya 1 malam dalam RM6++ kot, total 3hari 2malam dalam RM1400.


Subhanallah, memang cantik tempatnya.. Bilik atas air weh.. *teruja




Bilik kami :)


View dari luar bilik. Cantik kan.. :)


Kalau nak diikutkan peraturan hotel, bilik tak boleh lebih dari 4 orang dewasa, masa registration kena declare tau. Tapiiiiiii....kami lebih, 8 dewasa, 4 kanak-kanak, & sorang infant. Syhhhhhh...rahsia tau. ;)

Eh, lupe plak nak cerita, dah selesai check-in, tunggu kat lobby hotel untuk naik kenderaan khas nak ke bilik, sebab bilik jauh sikit ye. Ala, kenderaan khas tu 'buggie' ler, naik tu rasa macam dato'-dato' main golf. haha.

Kami plan tak nak kantoi, pecah 2 group. 1 group naik dulu, 2nd group naik kemudian. Aku & husband laa yg 2nd group tu, bila sampai depan bilik tengok2 yg 1st group baru sampai dannnnnn brader yang bawa kitorang tu terkejut tengok ramai sangat. Alamakkkkkk... kantoi ler pulak. Kalau kantoi RM70 sorang kena tambah ye. Tapi, pandai2 ler nak hidup. Kasi tips sikit kat brader tu.

Aku tengok memang ramai yang buat macam kami, kat lobby siap nampak uncle ni bawak periuk nasi bagai. Sebab bilik tu memang besar, lengkap dengan mini kitchen, ada microwave bagai. Aku kasi gambar bnyak2, korang tengok ler... :)


                                  Ni view dari depan pintu masuk. 
            Ada 2 katil king, sofa, tv, peti ais, mini kitchen (kat hujung tuuu).



Haha, gambar menunjukkan betapa ramainya kami.


Budak tecik ni pelik apa kat bawah tu.. Siap tak berani nak merangkak atas glass tu, pandai buat u-turn.hehe.
Masa ni air laut surut. Tak lama pastu air pasang balik. :)



Ni la private pool kitorang. Best gila. Tapi bau klorin kuat sikit. 
Untuk baby tak sesuai berendam lama2.
Pool ni kedalaman dia 4ft ye. 
Kena monitor budak2 yang tak cukup tinggi k.


Sebelah pool ada kerusi meja ni untuk lepak2 sambil monitor budak2 berendam..



Sebelah kerusi meja & pool ada tempat mandi untuk bilas badan.




Ni gambar bilik persalinan. 
Yang bestnya, toilet, shower diasingkan. So, pada siapa yang nak berak pi la toilet, siapa nak mandi pi la shower. Siapa nak tukar baju, boleh tukar kat sini. 
Korang bayangkan kalau toilet sume open je, jenuh laa nak tunggu turn masuk toilet. Heee.


Stay 3hari 2 malam sini memang best laa. Kitorang pakat ramai2 bawak makanan sikit sorang. SIL aku ada bawak rendang ayam, nasi impit, udang berempah, puding roti, & nasi kosong. Husband & aku plak bawak benda2 kering, telur rebus, timun, sardin, keropok2, air kotak, sachet 3in1, roti, maggie cup, pinggan kertas, sudu garfu, cawan plastic dll.

Malam pertama memang stay bilik je, makan apa yang dibawak tadi je. Pas berendam memang lapar. Terus cari nasi impit & rendam ayam. Buat pulak air kopi panas.  ;p 


Esok pagi, buat breakfast sandwich telur & sandwish sardin. Lapik perut sebelum keluar cari makan tengahari pulak. 




Ni pulak pool view malam. Sebab malam pun kami berendam lagi. Hehe.
Suasana romantik, honeymoon pun syok ni. :)



Tengahari, kami keluar cari kedai makan. Pusing2 PD, tapi takleh nak keluar dari kereta sebab hujan sekejap. Dah setel makan balik bilik semula. 

Kat Grand Lexis ni ada macam2 aktiviti, salah satunya memanah. Pantang nampak archery, of course husband aku try. Hee. 



Nak main kena bayar kat receptionist ye, harga ikut jumlah panah.


Aku nak try, tapi tak sempat sebab dah senja. 
sobss~


Malam keluar cari dinner plak, makan kedai masakan tomyam. Kenyang alhamdulillah. Kat PD ni memang banyak kedai makan. Pilih je yang mana ikut selera korang.


Esok kena checkout awal sebelum pukul 12.00pm, sebab kalau check-out lewat extra charge akan dikenakan sebanyak RM38/hour.


Pada siapa2 nak try stay sini, pendapat peribadi aku memang sesuai bawak family yang just nak lepak dalam bilik. Sembang2 gelak2 merapatkan silaturrahim. Tapi kalau kantoi sendiri tanggung ye.. ;p



Syukur, Alhamdulillah selamat pergi dan balik.. :)




Daaaaaa~








Tuesday, 2 June 2015

Makan-makan : Mee Tarik Warisan Asli, Bandar Baru Bangi :)

Assalamuaalaikum.


Hi,

Haritu lepas attend wedding, aku dan husband terus pi Bangi shopping baju raya untuk aku.. Tempat shopping ni bangunan baru, antara butik2 muslimah yang aku terjah is Cala Qisya, Radiusite, Bella Ammara, Osra, Imaan, Minaz dan banyakkkkkk lagi butik2 yang best. 

Tapi aku bukan nak cerita pasal butik, aku nak cerita pasal Mee Tarik. Mesti la lapar pas shopping sakan kan. Kebetulan deretan Butik Bella Ammara sebelahnya ada Restoran Mee Tarik. Terus ajak husband masuk dan try.



Si kecik pun nak makan mee ke? 
Hee, tapi tak boleh sebab gigi baru 4 batang.



Depan kedai memang tempat buat mee, depa dok tarik2 doh tu terus jadi mee, 6 saat je siap. Wallawehhh.. jakun jap. Hehe



Rasanya, pekerja dia memang import khas dari China.



Bila tengok menu, korang yang baru nak try mesti tak tau nak pilih yang mana, sebab nampak 'macam tak menarik' je.. Last2 aku tengok meja sebelah makan apa, terus order. 


Pilihan mee jenis berkuah/sup


Air macam2 ada.


Yang ni pilihan nasi.


Ada jugak jenis yang bergoreng.


Antara pilihan menu seperti di atas. Menu bergambar senang nak pilih.. :)

Sekejap je, dah sampai mee kitorang. First time rasa, sedappppppnye mee dia. Lembut aje. Yang aku punya mee halus sikit, husband aku pulak mee nya tebal sikit & kenyal2.. serius sedap!



Yang ni pilihan husband. Mee tebal sikit. Sedap :)




Yang atas ni pulak pilihan aku. 
Mee dia nipis sikit & lembut je. Sedap gak! :)


Serius weh, sebelum ni aku tak berapa minat mee sebab rasa kapur. Tapi bila dah try mee tarik, memang takda rasa kapur langsung. For sure aku akan pergi lagi. Still terasa2 rasa mee tu bila kunyah. Emmm, sedap bangat..!!

Patut laa ramai je orang dok sebut2 Mee Tarik ni. Dah try sendiri baru tau. Kalau korang nak datang sini, senang je. Restoran ni betul2 seberang jalan Butik JOVIAN.



Restoran Mee Tarik Warisan Asli
Cawangan BANGI,
No. 3-47-01, Common Area,
Jalan Medan,
Pusat Bandar Bangi Sentral,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Tel : 017-3589168


Mesti tak nyesal. :) Nanti nak try menu2 lain pulak.



Daaaaaa~


Makan-makan : Seoul Garden, Dpulze Cyberjaya :)

Assalamuaalaikum,

Ni semua, Runningman punya pasal...!!!! Grrrrrr..

Aku bukanlah peminat makanan Korea, tapi disebabkan aku suka tengok Runningman.. Bila ada cabaran makan2 terus rasa kecur je bila tengok diorang makan. Terus rasa terpengaruh nak try. Terus rasa tak sabar. Terus cari tempat yang terdekat, nak pi Korea nun jauh bebenor..Haha. Kita pi yang dekat jela ye.

So, here we go........ Seoul Garden at Dpulze, Cyberjaya


Address : DPulze Shopping Centre (Klang Valley), Lot LG-07, Lower Ground Floor
Tel: 603- 8800 9171



Untuk korang yang belum cuba atau baru nak cuba, Seoul Garden ni mengetengahkan konsep steamboat dan barbeque. Sebelum duduk, kena bayar dulu di kaunter bayaran. Seorang dewasa dikenakan RM36/lunch. Yang kanak2 & warga emas harga lain2. Boleh pilih sup atau tomyam, ni pun harga lain.

Untuk yang first time masuk sini, korang rajin2 la berjalan sampai ke belakang ye. Sebab kat bahagian belakang restoran ada macam2, ada aiskrim, ABC, cendol, air minuman, sos2 barbeque, dan buah2an. Jangan malu2 nak terjah sampai belakang ye.







Kat bahagian depan ada pelbagai bahan untuk barbeque, ada sushi, ada nasi goreng, ada kimchi, ada ayam goreng bersos, mee goreng dll. Kat sini korang boleh makan apa sahaja. Nak lepak lama2 pun takpe. Tapi jangan tamak ambik bnyk2 pastu tak habis. Kalau korang membazir nanti kena charge pulak. Membazir amalan syaitooonnnnnn ye anak-anak..






Masa aku pi ni waktu lunch hour 2 jam hari Jumaat. Dapat santai2 pun tak sampai 2 jam.  Memang sendat laa perut  makan macam2. Aku 3x refill aiskrim sebab sedap bangat. Memang sedap. 

Kat sini disyorkan sebelum pegi sini biarkan perut kosong sekosongnya dan bukan rushing2 ye, kalau tak, tak berbaloi ler. 

Disebabkan kitorang tak dapat nak lepak santai makan lama2, makanan pulak ada yang terambil banyak. So, kitorang buat taktik licik iaitu asing2kan makanan yang tak abis tu, nyorok sana sikit, sini sikit. Sebab takmau kena denda. Hehe. Tapi takdela bnyk sangat pun yang tak habis, cuma isi2 ayam je, Takleh nak pi dah.. Yang lain2 licinnnnn..hehe~ 


Burrppppp... Alhamdulillah.. :)


Tq runningman sebab korang makan nampak sedap, terus kami yang terpengaruh ni pi makan makanan hangpa.. Secara tak langsung, kami semua terasa Korean.. :p



Daaaa~

Friday, 29 May 2015

Viral : Anak Syurga :')


Assalamualaikum w.b.t,

Allah, sebak bila kita baca kisah Ruqayyah yang bertudung labuh, tersenyum sambil memangku salah seorang bayi kembarnya, Maryam Farihah Binti Abdullah Mubarak yang kini sudah menemui Pencipta. Kembar yang seorang lagi masih berjuang, doakan moga sihat dan menjadi permata hati mama & abi nya..

Apa yang aku dapat sebagai ikhtibar, Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya. Kita sebagai hamba perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah. 

Pernah terdetik di hati aku, tak dapat dibayangkan kalau terjadi pada diri sendiri. Anak yang dikandung hanya dipinjam seketika. Adakah aku setabah dan sekuat wanita ini? Allah...... :( *hanya mampu tertunduk menggeleng kepala.....

Pernah seorang kawan tag di Facebook, mengatakan wajahku ada iras2 wanita hebat ini.. Ya, mungkin sama tapi tak serupa. Apa yang boleh ku katakan, wajah seseorang Allah boleh jadikan serupa, tapi keperibadian, taqwa dan iman kita sendiri yang tentukan.. 




Masyaallah, hebat wanita ini bila kita baca kisahnya dan kandungannya.. Kuat, tabah, sabar.. itulah perkataan untuk beliau. Moga aku/kita wanita2 dan ibu2 mampu sekuat dan setabah beliau bila ujian menimpa.. Husnuzon kepada Allah s.w.t.



Aku belajar..
bahawa tidak semua
yang aku harapkan akan
menjadi kenyataan
kadang Allah
membelokkan rencanaku
tapi aku tahu
itu lebih baik
daripada rencanaku
sebab itu aku
belajar menerima
dengan sukacita...



Aminnnn...



Daaaaa~




Wednesday, 27 May 2015

Pengalaman : 1st service, 1st experience at Proton Service, Presint 14 Putrajaya

Assalamualaikum,

Hari ni mood nak share experience pi service kereta.

Aku pilih Pusat Servis Proton di Pusat Perindustrian, Presint 14 Putrajaya. Pepagi lagi aku dah keluar rumah sebab gamble je walk-in service. Kalau lambat pegi lambatlah turn korang sebab prosedur diorang akan utamakan pelanggan yang buat temujanji.

Sampai je kat pusat servis tu dalam pukul 9.30 pagi, diingatkan supaya bawak buku servis dan tau millage yang terkini. So, aku pun pegilah ke kaunter untuk register & turn aku pukul berapa. Akak Proton tu pun bagitau aku punya turn dalam pukul 11.30 pagi. Servis tu ambil masa 1jam 15 minit. Bila kira2, lebih kurang pukul 1 pm dah setel.

Memandangkan turn aku lambat lagi, aku mintak kuar kejap pi breakfast. Selesai breakfast terus pi balik pusat servis tu & sampai sana awal sikit dalam pukul 11.10 pagi. Aku pun duduk lah sementara menunggu nombor kereta dipanggil untuk bagi kunci.

Pukul 11.35 pagi ada laa akak ni panggil nombor kereta, dan aku pun bangun la pegi kaunter. Aku ingat dia nak mintak kunci, tapi dia suruh aku duduk dulu. Aku pun duduk laaaaaaaa.... sampai pukul 12.35 tengahari baru nombor kereta aku dipanggil, tu pun sebab akak sorang lagi tanya kat pembantu dia.. 

"Eh, ni buku servis siapa atas ni? 
Sepatutnya pukul 11.30 turn dia. Dia tak datang lagi ke?" 

Budak pembantu boleh cakap, 
"Yang ni belum bagi kunci lagi.."

Akak tu sound pembantu dia, 
"Yang ko tak panggil nombor kereta dia pasal apa?"

Aku pun cakap la, "saya dah sampai sini sebelum 11.30 kak, 
tadi dah panggil saya tapi takda pulak mintak kunci". 

*sigh


Aku ingatkan dia tak mintak kunci sebab setelkan yang dah buat appointment, so mestilah turn aku tu berganjak lambat sikit. Rupa2nya, buku servis aku tercicir dari turutan turn just sebab kunci takda!! 

Adoihhh, menyirap aku tengok pembantu akak tu, kenapa la ko tak ingatkan akak tu panggil nombor kereta aku kot ye pun aku tak bagi kunci.. ni ko diammmmmm je, kalau akak tu tak perasan buku tu sampai esok la ko diam ye.

Korang bayangkan, pukul 2pm aku pi tanya dah siap ke kereta saya? Diorang cakap tengah check, lagi 20 minit siap. Takpelah, aku pun tunggu laa. 

Pukul 2.30pm aku tanya lagi, lama lagi ke kak? Diorang cakap tengah tukar minyak hitam plak. 

Aku dah panas & membebel cakap, saya tunggu lama dari pagi tadi saya datang, sampai nak dekat pukul 3pm belum siap lagi kereta saya. Saya belum lunch, belum solat... sedih betul aku time tu..haihhh~

Last2, pukul 3pm baru siap servis kereta aku. Muka aku memang dah berkerut jgn cakap laa. Hangin & sedih kenapa customer servis mcm ni...

Kat kounter :


Akak : Mintak maaf ye cik, sebab lambat. Tak sepatutnya jadi macam ni. 
Tadi pun cik tak bagi kunci.

Aku : Saya ni 1st servis & 1st time saya datang sini, 
saya mana tau prosedur sini macam mana. 
Mana saya tau kena bagi kunci dulu ke duduk dulu ke apa ke. 
Lama saya tunggu dari pagi. 
Saya dah sampai sini pukul 9.30 pagi, sampai sekarang pukul 3petang baru siap.

Akak : Tu laa, biasa sekejap je. 
Technician kami yang sorang tu sakit perut, dia balik. 
Technician yang lain ada tapi tak boleh nak buat, 
kena tunggu jugak yang sakit perut tu masuk semula.

Aku : ???????? 
*macam ni punya alasan pun ada ke?sakit perut?* 




Dah setel bayar, terus blah.. 
Perasaan aku tak tau nak gambar macam mana.. Tapi still syukur alhamdulillah, kereta dah servis. :)


Moral of the story untuk yang baru 1st time nak pi servis kereta :

  1. Kena rajin bertanya turn korang dah sampai ke belum. Jangan fikir positif nak sedapkan hati sendiri macam yang aku buat.
  2. Kalau boleh, janganlah walk-in, buat appointment lagi senang. Tak yah tunggu lama.
  3. Sentiasa follow up tanya dah siap ke belum kereta.
  4. Kalau tak nak boring tunggu lama2, better pergi 2 kereta. Lepas dah booking, korang boleh keluar pi jalan2 dulu. Dah siap, nanti diorang call suruh ambik kereta.
  5. Sabar & istigfar banyak2 kalau jadi macam aku. :')


Nota kaki: Pusat servis & staff2nya OK & peramah. Yang tak OK maybe dah nasib aku nak kena macam tu disebabkan kesilapan kecil pengurusannya. Mungkin jugak pembantu tu staff baru atau trainee. Dan kesilapan aku jugak sebab berat mulut nak bertanya, dan yang penting fikir yang baik2 je.


Next time kena booking baru senang,


Pusat Servis Proton Edar Putrajaya


ABP Autoservices Sdn Bhd adalah Pusat Servis sah Proton Edar Sdn Bhd 
No.28, Jalan P14J,
Kawasan Industri Putra 1,
Presint 14, 62050,
Putrajaya.



Daaaa~






Tuesday, 26 May 2015

Riadah : Part 2 - Plan kedua, Beriadah di Bawah Pokok di Tepi Padang, Putrajaya

Haha.. Nak tau kenapa aku gelak pi baca Riadah : Part 1 dulu.

Disebabkan En.Husband tengok muka si isteri dah muncung, beliau pun cepat2 laa cari Plan B.


"Jom pi picnic tepi padang tu jom? 
Macam happening je siap ada bot2 bunga warna-warni.."


Memang cantik pun tempatnya. Cuaca pun redup je. View cantik, tepi tasik, hijau kiri kanan. Nyaman & sejuk mata. :)

Kalau korang nak tau, tempat ni berdekatan dengan ----> Restoran Ikan Bakar Sri Empangan Putrajaya, Presint 5. Dan juga berdekatan dengan PICC. Memang nak pegi ke padang ni kena lalu & parking kat restoran tu..




Bot2 tu bot berhias untuk Pesta Floria tak lama lagi :)



Macam kat oversea je..hihi



Haaa, kan hijauuuuu je.. Subhanallah

   
Kat sini memang ramai yang buat aktiviti riadah. 
Ada yang sambut birthday, main skateboard, main rollerblade, main basikal.. Termasuk laa beberapa family yang berpicnic macam aku.. 
Rilex & tenang aje. 



Seif Nuh pun happy sebab dapat tateh kat padang luas. 
Sampai tak nak duduk. Baru tau kaki dia boleh melangkah kot? bhahaha~


Alhamdulillah, syukur.. gembira bahagia tengok insan2 tersayang happy tersenyum... Quality time with family :) LOVE~




Daaaa